Kehidupan peribadi Farrish_Zaquan_bin_Ramli

Cat mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Hartini Ramly pada Mei 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata – Nia Karlyssa (lahir 2008), Eva Latheefa (lahir 2010) dan Qul Iskandar (lahir 2011). Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada April 2016.[19][20][21] Dalam temuramah bersama Berita Harian pada September 2016,[22] Cat berkata setiap hari beliau menangis memikirkan keluarganya, lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian beliau.[22] Beliau berkata:

"Selepas bercerai, baru saya sedar selama ini saya mengabaikan hati dan perasaan isteri serta anak-anak. Saya terlalu sibuk dengan muzik dan kerjaya hingga tidak mampu memberikan komitmen kepada rumah tangga. Saya dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah. Saya tidak mahu anak-anak lalui kesusahan yang sama pernah saya rasai,"[22]

Cat juga berkata, selepas perceraiannya dengan Hartiny, hak penjagaan 3 anak mereka kini diberikan kepada bekas isterinya.[22][23] Beliau turut mengakui terlalu hanyut dengan nikmat dunia menjadi punca perceraiainnya.[24] Beliau juga menegaskan "trauma untuk berkahwin".[25]